Bukan Sahaja Ditikam, Leher Richard Huckle Dijerut Dengan Tali Gitar

Trending

Bukan Sahaja Ditikam, Leher Richard Huckle Dijerut Dengan Tali Gitar

Pedofil UK terjahat dijerut di leher menggunakan tali gitar, kerongkong disumbat dengan pen dan kondom, serta ditikam dalam satu pembunuhan di penjara, menurut satu laporan yang menerangkan dengan lebih terperinci tentang kematiannya.

Richard Huckle dipenjarakan di Yorkshire kerana mendera secara seksual lebih dari 200 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia enam bulan hingga 12 tahun di Malaysia sebelum dibunuh Oktober lepas. Satu sumber memberitahu Toronto Sun:

Advertisement

Dia bukan saja ditikam. Lehernya dijerut menggunakan tali gitar.

Polis telah menahan seorang banduan berusia 29 tahun yang terkait dengan pembunuhan itu, menurut akhbar tersebut.

Polis Australia mendapat tahu tentang Huckle, 33, pada tahun 2014 ketika menyiasat satu kes yang lebih besar membabitkan laman sesawang pedofil bernama ‘True Love Zone’.

Pihak berkuasa menemui pelbagai bukti dalam komputer Huckle, termasuk satu manual yang ditulisnya untuk pedofil-pedofil lain tentang bagaimana mensasarkan kanak-kanak di Asia Tenggara.

Sekiranya aku nak pindahkan kemahiran yang aku pelajari di Malaysia dan lakukannya di Barat, pasti sebulan pun aku tak dapat bertahan dan akan dipenjarakan.

Huckle dihukum 22 kali hukuman penjara seumur hidup kerana 71 kesalahan penderaan seksual pada tahun 2016. – amazingnara.com via Toronto Sun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...