Tular baru-baru ini tentang rumah dan kenderaan milik penyanyi Indonesia, Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar disita pihak bank gara-gara dianiayai adik kandungnya.
Difahamkan adiknya, Hafiz Fatur telah memalsukan tandatangan Irwansyah untuk membuat pinjaman bank sebanyak 2 billion Rupiah (RM600,000).
Ramai pihak terkejut dengan berita itu apatah lagi pasangan berkenaan dikhabarkan baru sahaja berpindah ke rumah baru mereka. Namun, Zaskia telah pun tampil membuat penjelasan berkenaan kekeliruan yang berlaku.
Menerusi Instagram, Zaskia berkata rumah yang dimaksudkan bukanlah kediaman mereka diami sekarang sebaliknya rumah lain milik Irwansyah di wilayah Tangeran Selatan.
Jadi yang kena musibah itu adalah beberapa rumah cluster milik Irwan di wilayah TangSel dan beberapa sertifikat nya di rumah yang di tempati Almarhum ibu nya Irwan.”
Zaskia juga turut berharap agar pihak media dapat membetulkan berita yang telah diterbitkan dan disebarkan agar tidak timbul salah faham.
Semoga rekan-rekan media bisa lebih bijak dan terinformasi, meluruskan berita yang salah selama ini.”