Pelakon yang mula terkenal menerusi filem Ola Bola, Luqman Hafidz berkata dirinya percaya pada rezeki tuhan apabila watak yang diidamkannya telah diserahkan kepada orang lain.
View this post on Instagram
Ujar Luqman, watak tersebut pada mulanya telah dijanjikan oleh seorang pengarah untuk diberikan kepadanya namun telah digantikan dengan pelakon lain.
Meskipun berasa musykil dengan perubahan secara tiba-tiba itu, Luqman walau bagaimanapun percaya pada ketetapan rezeki oleh Allah S.W.T.
Katanya lagi, dia juga telah membuat persiapan seperti menyimpan rambut panjang sehinggakan terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan lain yang memerlukan rambutnya itu dipotong.
View this post on Instagram
“Tahu-tahu latihan fighting scene cerita tersebut bermula dan watak aku digantikan dengan pelakon lain. Entah hal apa yang terjadi, seingat aku director langsung tiada masalah dengan lakonan ataupun attitude di set. Tapi takpelah, aku anggap tiada rezeki..”
Luahan rasa itu dizahirkan Luqman menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Namun tambahnya lagi, setelah beberapa ketika, dia mula ditawarkan untuk memegang watak tentera oleh satu produksi drama yang lain.
Terdahulu, bakat Luqman mula dikenali dan dicungkil selepas membintangi Ola Bola The Musical pada tahun 2016 yang lalu.