“Bukan Restoran Makanan Segera Sahaja Dari Sana..” – Ustaz Don Pesan Jangan Boikot ‘Membabi Buta’, Buat Para Pekerja Menderita

Kehidupan

“Bukan Restoran Makanan Segera Sahaja Dari Sana..” – Ustaz Don Pesan Jangan Boikot ‘Membabi Buta’, Buat Para Pekerja Menderita

Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal tampil memberi nasihat kepada rakyat Malaysia yang gemar mengamalkan boikot secara semborono dan membabi buta susulan daripada konflik peperangan yang berlaku di Gaza Palestin pada ketika ini.

Ujar Ustaz Don, tidak seharusnya rakyat Malaysia hanya menyasarkan restoran makanan segera kerana banyak syarikat-syarikat besar di negara ini menjadi penyumbang kepada Israel.

Advertisement

Katanya lagi, tindakan memboikot restoran makanan segera telah memberi impak secara langsung kepada para pekerja sekaligus punca pendapatan mereka.

Maaf, hari ini orang banyak cakap tentang fast food, ramai kawan kita yang bekerja di restoran makanan segera kena berhenti kerja dan sebagainya.

Kenapa orang hanya tuju kepada restoran makanan segera semata-mata, kenapa syarikat-syarikat besar yang asal penubuhannya dari Israel sendiri kita tidak pernah bincang pun.

Para CEO syarikat besar tiada seorang pun suruh mereka letak jawatan, nampak berat sebelah. Orang berjawatan besar, orang ada kuasa, tiada siapa minta suruh boikot. Sebaliknya rakyat marhaen yang boleh kita ‘titik, kita ‘titik’ betul sampai teruk kehidupan mereka.

Ujar Ustaz Don, boikot memang ada dalam agama Islam, namun haruslah mengikut perintah ulul amri dan bukannya membabi buta.

Jadi pada saya, kalau nak boikot mesti ikut ketua yang sememangnya nak boikot, jangan sewenangnya kerana akan membinasakan institusi kekeluargaan seseorang. Berjuang mesti ada arah tuju.

Ada yang guna iklan berbayar di Facebook, Instagram YouTube, Google, anda tak boikot pula? Sedangkan benda ni penyumbang terbesar dengan nilai 100 peratus kepada Israel. Sumbangan ini bukan berjuta, tetapi nilai dia berbillion.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kak KM
1 year ago

"Kepada Mulut Mulut Bab*..." - Kak KM Berang Dituduh Anak Sakit Jantung Sebab 'Dosa Mak'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...