“Bukan Ragging..” – ‘Gurauan Melampau’, Kes Kadet UPNM Ditekap Seterika Tiada Unsur Buli

Berita

“Bukan Ragging..” – ‘Gurauan Melampau’, Kes Kadet UPNM Ditekap Seterika Tiada Unsur Buli

Susulan kes seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) ditekap seterika baru-baru ini menjadi perhatian ramai, Ketua Polis Diraja Malaysia, Datuk Rusdi Mohd Isa motif ia berlaku hanyalah sekadar ‘gurauan melampau’ yang berlaku secara tiba-tiba.

Difahamkan dari laporan Harian Metro, hasil siasatan mendapati tiada motif dendam atau pergaduhan dalam insiden berkenaan.

Advertisement

Sebaliknya, kejadian berlaku tanpa motif apabila suspek bertanya kepada mangsa sama ada pernah cuba atau tidak (seterika) yang panas. Hanya bergurau, nak kata ‘ragging’ tak juga, itu bukan ‘ragging’.

upnm

Dalam pada itu, beliau memaklumkan laporan perubatan masih belum diperoleh tetapi tidak menjadi penghalang buat pihak berkuasa untuk mengatakan kertas siastaan sudah lengkap.

Sebelum ini, seramai 16 individu membabitkan mangsa, suspek dipercayai sebagai pelaku, penuntut dan kakitangan UPNM telah mengambil keterangan polis.

UPNM
2 months ago

"Tidak Akan Lindungi.." - Lagi Kes Buli 'Tekap Seterika' Berlaku Di UPNM, ATM Akan Lakukan Siasatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...