Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bukan! Radin bukan kekasih saya – Ayda Jebat

Pernah mengakui sedang mengenali hati budi seorang penyampai radio, ramai yang menyangka Ayda Jebat dan Radin ERA FM sedang hangat bercinta lebih-lebih lagi mereka sering kelihatan bersama dalam mana-mana majlis.

Advertisement

Meskipun Radin ada mengeluarkan kenyataan beliau tidak akan menolak sekiranya ada jodoh dengan pelakon berkenaan, lain pula dipihak Ayda dimana beliau sekerasnya menegaskan mereka sekadar teman biasa sahaja.

Buat masa ini Ayda masih lagi solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Bukan! Radin bukan kekasih saya. Perkara ini timbul dalam kalangan peminat saya sebenarnya, lebih tepat apabila Radin mengha­diri majlis sambutan hari lahir saya sebagai pengacara. Kalau ikutkan pada hari tersebut, mereka ada meminta pengacara lain tetapi semua tidak dapat datang, jadi Radin yang hadir.

Peminat saya ini berbeza sedikit. Mereka tidak kisah saya menjalin hubungan dengan sesiapa pun, mungkin apabila melihat saya dengan lelaki, mereka terus anggap itu adalah kekasih saya. Sebenarnya tidak, itu hanya tanggapan orang.

Erm, Radin seakan berharap tetapi Ayda pula tidak mahu bercinta buat masa ini. Tidak mengapalah, jangan terburu-buru dalam perhubungan dan kalau anda berdua lebih baik kekal sebagai kawan apa salahnya bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top