Berita perpisahan Qi Razali dan Nelydia Senrose telah pun disambut girang oleh para jejaka di luar sana. Ada yang menganggap ini satu peluang untuk mencuri hati Nelydia. Abang Nara percaya ramai yang jatuh cinta dengan kejelitaan Nelydia. Sekali tengok tak cukup. Mesti nak tengok 2,3 kali. Kalau dapat jadi kekasih hati, bolehlah tengok sepuas-puas hati.
Pada pendapat Abang Nara, percintaan yang terlalu lama adalah salah satu punca perpisahan Qi dan Nelydia. Selalu kalau bercinta sampai bertahun-tahun tanpa sebarang ikatan memang akan tamat dengan ending yang sedih. Namun bagi Qi, hubungannya dengan Nelydia bukanlah “putus”, sebaliknya masing-masing berehat sekejap untuk fokus pada kerjaya. Kata Qi:-
Bagi saya perkataan “putus” itu terlalu berat maknanya untuk menggambarkan mengenai hubungan kami kala ini. Kami ambil keputusan untuk fokus pada kerjaya dahulu. Sebelum ini pun sudah terlalu banyak liputan fasal peribadi kami digembar-gemburkan.
Dia (Nelydia) tetap istimewa di hati saya. Saya tidak kenapa terbuka hati ini untuk berkongsi mengenai hal ini (hubungannya dengan Nelydia). Mungkin baru selesai menunaikan solat Jumaat. Apa yang boleh saya katakan kami berdua tidak bergaduh, bahkan esok kami akan makan udang kara bersama.
Putus cinta memang memeritkan. Kadangkala kita tak mampu menerima kenyataan cinta yang dipuja berakhir di tengah jalan. Namun masa pasti akan mengubati luka yang berdarah. Semoga Qi dan Nelydia bertabah. Kalau ada jodoh, pasti akan bertemu jua. Mungkin jodoh Nelydia dengan Abang Nara (eh, mati kalau bini baca nie). Siapa tahu kan? Hehehe. Sumber Kosmo.
P.S:Â Dapatkan segera koleksi Telekung Cotton Exclusive keluaran khas Gudangmy! Beserta dengan beg bagi memudahkan utk dibawa ke mana2! Telekung Cotton Exclusive mempunyai 2 warna pilihan : putih & cream yang menarik dan juga FREE SIZE sesuai utk semua golongan! Harga hanya RM79 free postage seluruh Malaysia! Boleh click: facebook.com/Gudangmy Call/sms/Whatsapp: +60192361986 dan juga Instagram : @gudangmy