Bukan Propa, Ini Foto Perkahwinan Raja Ilya Dan Jejaka Australia

Hiburan

Bukan Propa, Ini Foto Perkahwinan Raja Ilya Dan Jejaka Australia

Melangsungkan perkahwinan di Perth, Australia pada Isnin lalu, ramai yang menantikan untuk melihat foto pelakon Raja Ilya dan suaminya. Akhirnya foto  pasangan pengantin baru itu didedahkan menerusi akaun Instagram pereka fesyen terkenal, Raffiey Nasir.

Ilya kelihatan cukup anggun sekali mengenakan busana eksklusif berwarna putih disamping suami tercinta yang dikenali sebagai Trent. Tidak dinafikan, pasangan ini nampak secocok bersama.

Advertisement

Majlis perkahwinan Ilya diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat kedua-dua belah pihak.Difahamkan, mereka kini sedang berbulan madu di Rottnest Island, Australia.

Tahniah kami ucapkan kepada Ilya dan suami dan semoga rumah tangga yang dibina dilimpahi dengan kebahagiaan dan kekal sehingga ke syurga.

Kredit Foto : Raffiey Nasir & Ena Ramlan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen