“Bukan Perjalanan Mudah. Ujian Hadir Untuk Mendewasakan Saya” – Naim Daniel Kongsi Kehidupan Sejak Terpalit Kes Amang Seksual

Hiburan

“Bukan Perjalanan Mudah. Ujian Hadir Untuk Mendewasakan Saya” – Naim Daniel Kongsi Kehidupan Sejak Terpalit Kes Amang Seksual

Reputasinya jatuh selepas terpalit kes amang seksual remaja bawah umur namun penyanyi Naim Daniel tetap bersyukur masih diberi peluang untuk mengadakan persembahan.

Bagaimanapun, kata pelantun lagu Sumpah itu dia juga pernah kehilangan beberapa peluang membuat persembahan tetapi akui hidupnya ketika ini dalam fasa yang baik dan tetap menghadapi dengan berlapang dada.

Advertisement

Ini bukan perjalanan mudah. Sudah tentu ada beberapa peluang yang saya terlepas. Tapi saya percaya setiap ujian hadir untuk mendewasakan saya. Hidup mesti diteruskan. Jadi, saya sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah.

Naim Daniel di mahkamah

Tambah penyanyi berusia 28 tahun itu berkata dia kini banyak memberikan fokus kepada penghasilan lagu serta memenuhi jemputan persembahan diterimanya.

Naim bagaimanapun berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memilih untuk membuat persembahan dan pada masa sama sentiasa pastikan dirinya kekal aktif serta dikelilingi individu yang menyokongnya.

Buat masa ini, mahu beri tumpuan penuh terhadap penulisan kerana itu saluran terbaik untuk saya berkarya. Menghasilkan lagu adalah tanggungjawab saya sebagai penyanyi dan anak seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Hari ini, mahkamah menetapkan 15,16 dan 18 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes berkenaan.

Difahamkan, Naim membuat permohonan bantahan perbicaraan dilakukan secara ‘video link’ seperti yang dimohon pihak pendakwaan hari ini.

2025-08-26 10:40:42

Naim Daniel Kongsi Hantaran Pertama Di TikTok Sejak Nama Terpalit Kes Amang Seksual - "Apa Takdir Mendengar..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...