Penyanyi Nourul Wahab Depp khabarnya hanya menunggu kelulusan VISA dan menghitung hari untuk berhijrah keluar daripada Malaysia yang dijadualkan pada pertengahan bulan hadapan.
Meskipun tidak memaklumkan secara lanjut mengenai destinasi sebenar penghijrahannya bersama keluarganya itu, namun ada desas-desus dalam kalangan netizen yang mengatakan bahawa Bali, Indonesia merupakan negara pilihan Nourul dan keluarga.
Nourul turut memaklumkan bahawa persiapan berpindah ke luar negara sudah hampir 70 peratus siap kerana telah lama bersiap sedia sejak tahun lalu.
“Segala urusan dan persediaan ke arah itu telah lakukan sedikit demi sedikit mengikut keutamaan membuatkan semua proses berjalan dengan teratur. Kami juga sudah dapat sekolah untuk tiga anak, selain rumah di sana. Cuma sekarang proses yang masih berjalan adalah memilih barang yang bakal dibawa dengan kontena nanti.”
Ujarnya lagi, dia dan ahli keluarganya yang lain juga menunggu tarikh suntikan vaksin kedua selain menunggu permohonan VISA diluluskan.
Kata penyanyi lagu Kerana Terluka ini lagi, dia bukan sengaja mahu merahsiakan lokasi negara yang dipilih namun bertegas hanya akan mendedahkan destinasinya selepas selamat berangkat ke sana.
BACA: Bakal Berhijrah, Nourul Depp Nafi Pindah Luar Negara Kerana Merajuk Dengan Mana-Mana Individu
“Sebaik dapat VISA, barulah kami boleh buat tempahan tiket kapal terbang dan urusan selanjutnya. Jadi selagi belum sahih, baik jangan hebohkan. Ditambah dengan situasi pandemik, apa pun, biar di mana pun negara pilihan kami, Malaysia tetap kukuh dalam hati apatah lagi anak sulung tak ikut bersama.” tambahnya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Nourul mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki Perancis, Eric Daniel Depp pada tahun 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary 7, Raphael Depp,5 dan Isabella,2 tahun.
Manakala anak sulung Nourul bersama komposer Ajai menerusi perkahwinan pertamanya, Ayu Nazirah kini sudah mencecah umur 22 tahun.