Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Bukan Penyibuk, Cuma Bagi Info”- Pakar Nutrisi Tampil Beri Penjelasan Mengenai Isu Nina Iskandar Jaga Anak

Baru-baru ini kecoh apabila pelakon Nina Iskandar meminta orang di luar sana supaya tidak masuk campur mengenai caranya menjaga anak sulungnya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia 7 bulan.

Ini berikutan ada individu yang memberi komen terhadap cara Nina memberi makan kepada anaknya yang masih bayi. Tidak disangka rupanya individu tersebut adalah seorang pakar pemakanan yang dikenali sebagai Syaza.

Advertisement

Menurut Syaza, tujuan dia meninggalkan komen tersebut adalah ingin berkongsi maklumat kepada orang ramai mengenai pemakanan yang terbaik untuk bayi. Namun, dia tiada niat untuk mencampuri hal aktres tersebut dalam menguruskan anak.

“SEBENARNYA SAYALAH SAYA YANG ‘TEGUR’ TU, bukan tegur cuma bagi info..sebagai artis atau orang berpengaruh, saya rasa setiap posting beliau akan mempengaruhi pengikut. Langsung tak ada niat nak kecam atau menyibuk hal hidup orang lain. Niat saya cuma nak bagi info supaya ibu-ibu lain juga tahu dan seterusnya tak menghadapi masalah anak memilih makan (picky eater),”

Dia yang menulis panjang lebar di laman Facebook, Syaza Nutritionist, itu turut berkata ayat yang ditulis di ruangan komen entri pelakon berkenaan tidaklah mempunyai unsur kecaman atau cacian malah penuh dengan unsur lemah lembut lagi berinformatif lengkap dengan emoji sebagai tanda mesra.

View this post on Instagram

The next Hero Malaya! @ar_rizqin

A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar) on

 Syaza sempat memohon maaf kepada mereka yang terasa dengan penulisannya itu namun bertegas mengenai tugasnya sebagai pakar pemakanan yang membuatkan dia berani tampil untuk membetulkan mana yang silap di dalam kalangan masyarakat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anon

    July 18, 2020 at 9:52 am

    Diam lah kau, even nutritionist sekalipun, ada ke si nina mintak pendapat kau?

    • Anonymous

      July 18, 2020 at 3:34 pm

      Baca dulu apa dia cakap. Even si nina ada bagitau anak dia fussy eater. So tak salah pun nutritionist tu bagi some info. Bukan dia bagi pendapat yang cara nina salah pun. Cara pun elok takde kecam ke apa

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top