September 7th, 2018

Nampaknya masih ramai yang belum move-on dari gimik perkahwinan Daiyan Trisha yang dibuat untuk memperkenalkan single terbarunya, Langit.

Terbaru, seorang pengguna Twitter mendakwa merasa hairan mengapa penyanyi baru itu mempunyai ramai peminat sedangkan dakwanya, seseorang yang benar-benar menjiwai seni seperti Yuna pula menerima pelbagai kecaman di tanah air sendiri.

Ada yang membalas bahawa mempunyai ramai peminat ialah rezeki Daiyan Trisha, namun pengguna Twitter itu menyifatkan seseorang perlu bersikap jujur dalam menilai seni, kerana pujian membabi-buta tidak membawa faedah.

Tweet itu kini mendapat hampir 2,000 retweets.

Namun bagi penulis, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Daiyan masih mempunyai produk seni yang telah diketengahkan. Kita berada dalam satu zaman di mana, membawa teman wanita keluar menaiki limosin juga menyebabkan seseorang itu menjadi tular kemudian mempunyai ramai peminat. Seterusnya individu itu boleh menjadi pengasas barangan penjagaan kulit pula. Memang pelik.

Mungkinkah rakyat Malaysia memandang luaran sahaja? Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

 


49 responses to “Bukan Penyanyi Bagus, Netizen Hairan Daiyan Trisha Ramai Peminat”

  1. Done Onioning says:

    Hawau mana pulak ni? Tak lama la.
    Kebas laki org pulak ke nanti??

  2. Anonymous says:

    Puihh

  3. Anonymous says:

    Tak lawa dan tak sedap!

  4. Alanice says:

    Eh biar la rezeki org lawa, yg xlawa tu dh tao xlawa pndai2 r asah bakat

  5. Lagu2 zaman 90-an dan awal 2000-an lagi best

Loading...