Nampaknya masih ramai yang belum move-on dari gimik perkahwinan Daiyan Trisha yang dibuat untuk memperkenalkan single terbarunya, Langit.
Terbaru, seorang pengguna Twitter mendakwa merasa hairan mengapa penyanyi baru itu mempunyai ramai peminat sedangkan dakwanya, seseorang yang benar-benar menjiwai seni seperti Yuna pula menerima pelbagai kecaman di tanah air sendiri.
Daiyan trisha ni macam mana boleh jadi artist? Sebelum ni aku tahu dia cover lagu orang je, tu pun tak sedap mana pun. Yang aku pelik ramai lak fans dia, yuna yang betul2 menjiwai seni music korang kemain kecam. Rakyat malaysia ni dah takde taste ke sial?
— ? (@shfiqdniel) September 5, 2018
Ada yang membalas bahawa mempunyai ramai peminat ialah rezeki Daiyan Trisha, namun pengguna Twitter itu menyifatkan seseorang perlu bersikap jujur dalam menilai seni, kerana pujian membabi-buta tidak membawa faedah.
“rEz3K! m@$!ng2”. Ini bukan soal rezeki dia, aku tahu lah tuhan bagi dia rezeki. Ni soal music, music is art, and bila dah jadi art, benda tu akan dinilai, kalau buruk, buruk lah, kalau cantik, kita puji. Bukan membabi buta jilat sana sini.
— ? (@shfiqdniel) September 6, 2018
Tweet itu kini mendapat hampir 2,000 retweets.
Namun bagi penulis, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Daiyan masih mempunyai produk seni yang telah diketengahkan. Kita berada dalam satu zaman di mana, membawa teman wanita keluar menaiki limosin juga menyebabkan seseorang itu menjadi tular kemudian mempunyai ramai peminat. Seterusnya individu itu boleh menjadi pengasas barangan penjagaan kulit pula. Memang pelik.
Mungkinkah rakyat Malaysia memandang luaran sahaja? Apa pendapat anda? – beautifulnara.com