August 14th, 2020

Menyatakan kepada umum bahawa dirinya kini berada dalam keadaan baik selepas insiden rumahnya didatangi manusia yang mencurigakan, pelakon jelita Nabila Huda tampil memberi penjelasan berhubung kes tersebut kepada umum di laman Instagramnya.

"Bukan Pencuri Tapi Manusia Pakai Masks"- Rumah Diceroboh, Nabila Huda Tampil Beri Penjelasan

Menurutnya, beliau merupaka seorang yang paranoid terutamanya ketika berseorangan di rumah.

Jelas Nabila atau lebih mesra disapa Abil, tiada istilah perompak mahupun pembunuh dalam hal ini, sebaliknya beliau hanya terlihat kelibat seseorang memakai topeng muka di luar rumahnya.

"Bukan Pencuri Tapi Manusia Pakai Masks"- Rumah Diceroboh, Nabila Huda Tampil Beri Penjelasan

“Buat lagi bertambah paranoid tahap maksimum tu saya macam nampak kelibat orang dekat balkoni. Saya tak tahu itu orang ke apa tapi dia pakai masks (topeng muka). Tak ada pencuri atau orang cuba nak bunuh atau pun perompak.”

Ujar Abil, sifatnya sebagai seorang pelakon memang tidak boleh lari daripada berkelakuan “over” berbanding insan lain. Hal ini kerana, paranoid yang bergelumang dalam dirinya lebih besar daripada apa yang orang luar fikirkan.

"Bukan Pencuri Tapi Manusia Pakai Masks"- Rumah Diceroboh, Nabila Huda Tampil Beri Penjelasan

“Korang kena fahan saya ni pelakon. Saya punya paranoid mesti besar dari tanggapan korang. Contohnya luka dekat tangan tu sikit ja tapi saya menjerit macam kepala saya dah nak kena kerat.”

Bagaimanapun, pelakon utama drama Kamar Kamariah ini tetap tidak ketinggalan mempersoalkan siapa individu yang memakai masks yang dilihat pada malam itu.

"Bukan Pencuri Tapi Manusia Pakai Masks"- Rumah Diceroboh, Nabila Huda Tampil Beri Penjelasan

“Untuk semua kawan saya, saya baik saja. Yang jadi persoalan siapa orang atau manusia yang saya nampak pakai masks.”

Semalam, kecoh di media sosial apabila Abil berkongsi video dirinya yang tidak dapat mengawal perasaan takut selepas rumahnya dikhabarkan didatangi seorang individu yang mencurigakan.

Lebih perit, kejadian itu juga berlaku lewat malam ketika dirinya keseorangan tanpa suami dan anak di rumah.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...