Pertamanya Abang Nara ingin meminta maaf kepada Nabila Huda. Abang Nara tersilap rupanya. Rupa-rupanya kostum yang dipakai olehnya bukanlah bersempena Hari Halloween, tetapi sempena majlis hari jadi kawannya.
Abang Nara tak pernah pergi sambutan hari jadi dengan tema-tema macam ini. Mati-mati Abang Nara ingat parti Halloween. Nasib baik Nabila Huda menerangkan hal ini di Twitternya.
Menurut Nabila, Halloween disambut pada 31 Oktober sedangkan dirinya hadir dengan kostum sebegitu pada 28 Oktober. Jadi tak mungkin pakaian tersebut dipakai untuk menyambut Halloween. Ada logiknya juga penerangan Nabila di situ.
Apa pun terima kasih kepada Nabila Huda kerana memberi idea untuk Abang Nara menganjurkan majlis hari jadi diri ini tahun hadapan. Abang Nara ingat nak buat tema Star Wars. Diharap ada orang datang dengan kostum Yoda nanti. Hehehe.
P.S: Seni alam semulajadi yang sangat cantik.