July 5th, 2020

Jika sebelum ini tular mengenai kisah hidup yang dihadapi penyanyi terkenal era 90-an, To’ki yang dilaporkan tinggal di sebuah pondok usang di pinggir hutan, kini lain pula isu yang dibangkitkan oleh netizen.

“Di mana anak-anak To’ki?”, begitulah persoalan yang dilontarkan warga maya setelah kisah To’ki itu menjadi tumpuan warga maya. Namun, persoalan tersebut mungkin telah dijawab apabila anak kandung penyanyi tersebut itu sendiri tampil untuk memberi penjelasan.

Noor Hidayah,27, yang merupakan anak kedua hasil daripada pernikahan To’ki dengan isteri terdahulu baru-baru ini ada memuat naik luahan perasaan mengenai apa yang sebenarnya terjadi antara mereka di laman Instagram peribadi miliknya dan telah menjadi tular.

Ianya dimuat naik setelah netizen seolah mempertikaikan dimanakah anak-anak To’ki berada dan seolah-olah mereka ini telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Setelah teruk dikecam, Yaya terpaksa tampil untuk bersuara demi melindungi maruah ibu dan adik-beradiknya yang lain daripada terus dituduh dengan tuduhan yang melampau.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini. Saya harap apa yang saya luahkan ini dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti apa yang dianggap mereka,”

Pada awalnya, Noor Hidayah yang lebih mesra disapa sebagai Yaya ini mahu berdiam diri dan membiarkan perkara ini reda dengan sendirinya namun ramai yang mula membuat tanggapan negatif terhadap keluarganya. Tiada niat untuk memalukan bapa kandung, sebaliknya dia merasakan itu perkara yang terbaik.

Menurut Yaya, kali pertama dan terakhir dia bertemu To’ki adalah ketika penyanyi tersebut menjadi wali nikahnya empat tahun yang lalu. Sejak kali pertama ayahnya itu berpisah dengan ibunya sejak 16 tahun lalu, itu merupakan kali pertama dia menatap wajah To’ki.

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan.. barulah tahu ayah sudah berkahwin lain. Selepas ditinggalkan ayah, memang terkejut sebab tak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini ada lihat ayah buat live Fb, tapi tak sangka begitu sekali keadaan tempat tinggalnya,”

Menurutnya lagi, dia dan adik beradik lain yang berjumlah lima orang hasil perkahwinan To’ki dengan ibunya itu tidak pernah menyimpan dendam dan mendoakan yang terbaik buat ayah kandungnya itu. Yaya turut merasakan itu merupakan jalan yang To’ki pilih dan mungkin juga salah satu dugaan atas apa yang pernah dilakukan ayahnya suatu ketika dahulu kepada mereka.

Manakala ketika ditemui Berita Harian, To’ki memberi maklum balas mengenai isu terbabit dan memberitahu bahawa dia selalu sahaja mengambil tahu perkembangan anak-anak. Namun, dia menyangkal tuduhan bahawa dirinya tidak menghiraukan keadaan mereka sebagai tidak benar sama sekali.

Nama To’ki yang tiba-tiba sahaja menjadi tular dan perhatian ramai turut memohon kepada orang luar supaya tidak menulis perkara yang tidak sahih dan fitnah ke atas dirinya dan keluarganya.

Memiliki lima orang anak hasil perkahwinan terdahulu, anak sulungnya kini berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi, Noor Hidayah,27, Noor Husna,22, Noor Aishah,21, dan Mohd Hairi Hanis, 18.


7 responses to “Bukan Niat Untuk Mengaibkan, Anak To’ki Perjelas Isu Dakwaan ‘Tak Ingat Ayah’”

  1. Teh says:

    Kenapa ko pos gambar family ni nara, dieorg tu retis ke? Lelaki mcm to’ki ni bukan bapa ya, tp sperm donator je. Tak ada hak langsung ke atas anak. Kifarah lah tu, atas muka bumi dh dapat. Akhirat ada lg

  2. NORLELA BINTI SAPARI says:

    Inilah lumrah dunia. Semua yg terjadi menjadi tauladan dan sempadan bg kita yg melihat. Sakitnya, peritnya hanya yg menghadapi yg faham. Semoga hubungan kekeluargaan antara tok ki dan anak-anaknya akan menjadi lebih baik selepas ni. In sha Allah….

Leave a Reply to Teh Cancel reply

Loading...