Seorang wanita yang telah terlibat dalam satu kontroversi baru-baru ini tampil memberi kenyataan di TikTok untuk memberi permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon Aniq Suhair selepas aktor itu bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang.
Dalam permohonan tersebut, dia meminta maaf kerana telah menuduh Aniq menghamilkan dirinya sekaligus telah mencalar reputasi baik artis ini dengan dakwaan tidak berlandas itu.
Bukan niat saya untuk menjejaskan reputasi dan karier Aniq.
Tidak seharusnya saya memuat naik content seperti ini.
Menurut laporan, wanita yang tidak dikenali identiti itu telah memuat naik hantaran tersebut di laman TikTok peribadinya pada petang Selasa.
Melalui apa yang ditulis, hantaran-hantaran yang menuduh aktor berumur 23 tahun ini telah pun dipadam dan akui semuanya tuduhan palsu.
Terdahulu, sempat tular di media sosial apabila wanita ini telah mendakwa telah mengandung anak kepada seorang pelakon lelaki yang masih baru di industri seni. Kontroversi itu semakin ‘hangat’ apabila Aniq enggan bertanggungjawab dan menggesa agar kandungan itu digugurkan.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.