April 19th, 2018

Minggu ini, kenyataan kasar daripada seorang pengkritik fesyen iaitu Zaihani Mohd Zain tentang berat badan seseorang telah menjadi tular dan menimbulkan kekecohan satu Malaysia. Para netizen bersatu hati mengutuk kenyataan Zaihani yang dianggap “body shaming” kerana mempersoalkan saiz dan berat badan seseorang. Menurut Zaihani, kalau dah berat 60kg ke atas, tak perlulah menghadiri mana-mana pertunjukan fesyen kerana peha melimpah ruah sehingga ke kerusi orang lain.
zaihani mohd zainHari ini Zaihani telah tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Menurut Zaihani dia tidak mengetahui apa yang ditulisnya itu adalah “body shaming”. Pengulas fesyen ini juga turut menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Kata Zaihani:-

Sekiranya status saya menyinggung perasaan mana-mana ahli keluarga, kawan kawan dan pengikut, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. ‘From the bottom of my heart’. Bukan niat saya untuk menghina (body shame) sesiapa dan akui memang salah apabila menyebut mengenai berat badan itu.

Status di FB saya tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi yang saya alami baru baru ini. Sepanjang kerjaya sebagai ketua penata gaya selama hampir tiga dekad, saya tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab jika saya bersikap suka jatuh hukum.

Pada hari kejadian, saya duduk di sebelah seorang tetamu lelaki tidak menghormati ruang tempat duduk saya. Kakinya terkangkang sehingga terlebih ke kerusi saya dan buat tidak tahu meskipun saya menunjukkan rasa tidak selesa. Baru saya tahu situasi sebegitu adalah isu ‘manspreading’ yang mana ia sebenarnya agak kurang ajar. Bagaimanapun, sewaktu menulis kenyataan itu di Facebook, saya belum lagi tahu terma terbabit.

Zaihani juga turut menafikan bahawa dia sengaja ingin menghina fizikal orang lain. Malah dia juga mengakui mempunyai ramai kawan yang berbadan besar. Tambah Zaihani lagi:-

Saya menulis angka 60 kilogram itu sebagai analogi kepada situasi itu. Mana tidak, tetamu lelaki berkenaan yang duduk di sebelah sepertinya tidak hormat saya sebagai wanita dan biarkan saja kakinya berlaga dengan kaki saya. Tidak mungkinlah saya maksudkannya terang-terangan memandangkan saya sendiri ramai kawan yang berbadan besar. Jauh sekali mahu menghina fizikal orang lain.

Sepatutnya luahan itu hanya untuk tatapan kawan-kawan saya saja. Sebaliknya ada individu tidak bertanggungjawab pergi menyebarkannya di internet pula. Memang saya sangat kesal apalagi konteks asal kenyataan itu disalaherti.

zaihani mohd zain

Zaihani juga turut menjawab sindiran orang ramai tentang usianya yang sudah tua dan tidak sesuai untuk menghadiri pertunjukan fesyen. Menurut Zaihani, kehadirannya adalah atas jemputan pihak tersebut dan cintannya terhadap fesyen masih mendalam. Apa-apa pun sekurang-kurangnya Zaihani sudah mengakui kesilapannya. Semoga ia tidak berulang di masa hadapan. Lain kali hati-hati apabila menulis, lebih-lebih lagi di zaman tular ini. Sumber Harian Metro.


70 responses to “Bukan Niat Saya Untuk Menghina (body shame) Sesiapa – Zaihani Mohd Zain”

  1. Lady Alisha says:

    Lain kali buatlah status “dalam majlis sila duduk dengan bersopan santun, hormati lah orang duduk di sebelah awak, jangan terkangka-kangkang”

  2. ain says:

    sila ambil tindakan yg menghina kaum muslimah..ia juga menghina kaum wanita islam….sbb boleh juga menyebabkan perbalahan kaum..

  3. Anonymous says:

    i have a strong feeling that she herself weight more than 60kg….

  4. Manja says:

    Terbaca Comment Harith pun win3.. Power ayat Harith.. Tepat sekali utk nenek nie.. Hehe

Loading...