Kalau anda perasan, beberapa hari ini video yang memaparkan kekayaan Datuk Seri Vida sangat popular diperkatakan. Dalam video tersebut, ada menunjukkan koleksi beg tangan mewah, perhiasan, barang kemas dan mahkota yang cukup sinonim dengan beliau.
Ada yang kagum dengan kejayaan Vida tetapi tidak kurang juga mereka yang mengkritik dan beranggapan bahawa beliau sengaja ingin bermegah dengan kemewahan yang dimilikinya.
Tahu ia sudah menjadi isu yang cukup viral, Vida menjelaskan beliau tidak pernah mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya memenuhi permintaan program Terlajak Puteh Nampak yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.
Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk atau membangga diri, sebaliknya hanya berkongsi atas permintaan program itu. Saya pun sebenarnya terkejut apabila melihat semula koleksi barangan saya yang boleh tahan banyak.
Apabila produksi program itu meminta saya untuk berkongsi koleksi barangan saya, saya kumpul semula beg tangan, kasut, mahkota dan apabila dilihat semula, tanpa saya sedari memang banyak juga yang saya kumpul selama ini.
Vida juga sebenarnya ingin memberikan motivasi kepada penonton bahawa sesuatu itu tidak mustahil untuk dicapai jika mereka terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa.
Satu lagi saya ingin memberitahu penonton, tidak mustahil untuk kita berjaya dalam kehidupan sekiranya kita benar-benar komited dengan kerja lebih-lebih lagi usahawan seperti saya.
Satu yang kami cukup kagum dengan Datuk Seri Vida, beliau seorang yang cukup tabah meskipun menerima hampir 90% komen negatif oleh rakyat Malaysia. Â Ada sahaja idea baru daripada beliau untuk membuat jenama beliau terkenal.
Khabarnya selepas ini Datuk Seri Vida hendak menaja pasukan bola The Red Warriors, apakah ia bakal terlaksana?