Seperti diketahui ramai, fesyen penyanyi muda Masya Masyitah sering kali menjadi kecaman netizen, dimana ada yang berkata cara pemakaiannya tidak melambangkan seperti gadis bertudung.
Sejak beberapa hari lalu, Masya sering kongsi foto sedang bercuti bersama keluarga di luar negara iaitu Tokyo, Jepun dan fesyen-fesyen yang dipakai oleh penyanyi tersebut turut menarik perhatian ramai.
Terbaharu, gadis berusia 22 tahun itu memakai pakaian seperti anime, dimana dia memakai skirt pendek bersama legging berwarna putih.
View this post on Instagram
Seperti sebelum ini, ada saja netizen yang akan meninggalkan komen kecaman serta teguran mengenai pemakaian juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua terbabit.
Tetapi, peminat Masya mempunyai pandangan yang berbeza dan beranggapan pakaian yang dipakai oleh penyanyi tersebut masih menutup aurat.
Malah, dalam pada masa yang sama, ada juga memuji fesyen Masya yang versatil dan sesuai mengikut umurnya ketika ini.
Sehingga ke hari ini, biarpun sering menerima tohmahan serta kecaman daripada netizen, Masya Masyitah tidak pernah membalas komen-komen tersebut dan kekal berfesyen mengikut caranya sendiri.