“Bukan Nak Terjun Pun” – Mangsa ‘Depresi’ Jadi Bahan Jenaka, Rakyat Malaysia Masih Tak Sensitif Isu Kemurungan

Kehidupan

“Bukan Nak Terjun Pun” – Mangsa ‘Depresi’ Jadi Bahan Jenaka, Rakyat Malaysia Masih Tak Sensitif Isu Kemurungan

Masalah kemurungan ataupun ‘depression’ dilihat semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini.

Dirundung dengan pelbagai masalah seperti isu peribadi, tempat kerja mahupun keluarga, ramai yang masih tidak mengetahui cara terbaik untuk mendapatkan bantuan dari segi emosi terutamanya.

Advertisement

Isu kemurungan dalam kalangan individu ini juga seolah-olah masih lagi taboo dalam kalangan masyarakat kerana ada yang memperolok-olok dan menjadikan isu ini sebagai bahan jenaka serta gelak ketawa terutamanya di media sosial.

Seperti perkongsian seorang individu ini di Twitter di mana dia ada berkongsikan komen-komen ‘jenaka’ dalam sebuah video cubaan bunuh diri yang baru-baru ini berlaku di sebuah pusat beli belah bertempat di Shah Alam, Selangor.

Dalam hantaran tersebut, ramai netizen memandang enteng dan tidak menunjukkan perasaan simpati seperti menulis komen

“Dia buat squats sambil menghirup udara yang segar tu, bukan nak terjun pun”

“Kenapa tak nak terjun ke dalam hati saya?”

“Video yang dia lompat tak ada ke?”

Menjengah ke ruangan komen, ada warga maya meluahkan rasa kesal dengan sikap netizen seperti yang ditunjukkan dalam tangkap layar video TikTok berkenaan.

TwitterSumber : Twitter  

Tak ada rasa belas kasihan. Kita kadang-kadang perlukan pertolongan. Hari ini dia down, Esok hari mungkin kita. Jangan melawak benda-benda macam ni.

Diharap rakyat Malaysia lebih cakna dan mengambil tahu serta membantu kawan-kawan ataupun orang terdekat yang menunjukkan gejala kemurungan sebelum terlambat.

sambut hari jadi
3 years ago

"Dalam Hati Ada Taman" - Buat 'Surprise' Hari Jadi Untuk Suami Garang, Gelagat Lelaki Ini Cuit Hati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...