“Bukan Nak Sorok Benda Baik..” – Dah Lama Tak Buat Kontroversi, DS Vida Sibuk Buat Persiapan Nak Kahwin?

Hiburan

“Bukan Nak Sorok Benda Baik..” – Dah Lama Tak Buat Kontroversi, DS Vida Sibuk Buat Persiapan Nak Kahwin?

Jutawan kosmetik Dato’ Seri Vida sememangnya terkenal dengan aksi-aksi kontroversi melibatkan kehidupan peribadi dan juga perniagaan yang diusahakannya.

Dia yang kini agak ‘senyap’ dari sebarang gosip dan kontroversi katanya sedang sibuk menguruskan urusan perkahwinannya yang bakal menjelang tiba.

Advertisement

Tidak pula mengiyakan atau menafikan desas-desus tersebut, DS Vida berkata dia tidak boleh memberikan sebarang ulasan kerana menghormati pihak yang lain.

Kahwin? Tunggu sahaja berita baik saya. Memang kalau ikutkan, saya kurangkan kontroversi kebelakangan ini. Tapi itu disebabkan kesibukan saya menguruskan hal peribadi.

Bukan mahu sorok berita baik, cuma nanti sahajalah. Bila tiba masa sesuai, saya akan kongsi.

Dia dalam pada itu meluahkan rasa syukur apabila single raya terbaharunya yang berjudul Muah Muah Raya mendapat sambutan yang positif dan pujian ramai.

Dalam kegembiraan itu, DS Vida berasa kesal kerana tidak dapat mempromosikan single tersebut seperti tahun tahun sebelum ini kerana sibuk dengan hal peribadi.

Cik B pakai pakaian lelaki cantas kening
2 years ago

Kening Cantas, Pakai Baju Lelaki, Cik B Jadi Mangsa Kecaman Netizen -"Tutup Aurat, Jadilah Wanita Sejati"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan Malaysia

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...