Boleh dikatakan sejak berlakunya kemelut rumah tangga bersama suami, Shuhada terpaksa melalui dugaan demi dugaan dalam hidupnya.
Belum selesai kes penceraian, timbul pula satu lagi dugaan iaitu keguguran anak ketiga baru-baru ini dan dituduh oleh suami, Hafidz Roshdi bahawa dirinya sengaja mengugurkan anak tersebut.
Melalui hantaran terbaru di Instagram, Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu berkongsikan isi hatinya setelah kehilangan anak tercinta.
View this post on Instagram
Di dalam video tersebut, Shu sambil mengalirkan air mata, memohon maaf kepada anak ketiganya, Uwais kerana tidak dapat melahirkannya di dunia.
Dalam pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menegaskan bahawa dia bukannya mahu membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya hanya mahu mencari kekuatan untuk meneruskan hidup bersama anak-anak.
Sekadar info, Hafidz Roshdi sebelum ini telah membuat dua kali laporan polis mendakwa isterinya sengaja mengugurkan kandungan anak ketiga.