Video seorang wanita Indonesia meraih perhatian selepas berkongsi pendapat peribadinya di mana dia membandingkan negaranya dan Malaysia.
Menerusi hantaran itu, wanita berkenaan memberi pendapat Indonesia boleh menjadi sebuah negara yang lebih baik ketika ini sekiranya ditadbir dengan baik seperti Malaysia.
Wanita itu memuji pentadbiran Perdana Menteri ke-1o, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) kerana dapat melihat beberapa perubahan baik yang telah dibuat figura tersebut demi kebaikan rakyat Malaysia.
Antara perkara yang diutarakan wanita ini adalah pengumuman istimewa PMX baru-baru ini dan membandingkan harga minyak Malaysia yang lebih murah dari Indonesia.
Selain itu, dia juga membangkitkan isu nilai kadar gaji minimum di negara ini yang tinggi, kadar tol tidak dinaikkan dan diskaun 30 peratus barangan keperluan.
Semua ini boleh dicapai dengan adanya kepimpinan yang jujur dan bijak; iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wanita tersebut juga turut berkata PMX berjaya menurunkan inflasi serta menaikkan peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran.
Bagaimanapun, wanita tersebut menegaskan bahawa dia bukanlah mahu membanding-bandingkan negara asalnya dan Malaysia tetapi sekadar untuk diambil iktibar.
Ambil yang bagus dan belajar daripada kesalahan. Semoga Indonesia menjadi lebih sejahtera dengan meniru negara-negara jiran yang berjaya seperti Malaysia.
Di Malaysia, pembangkang desak Turun Anwar. Tetapi di Indonesia, rakyat mereka desak kerajaan Indonesia tiru gaya pemerintahan Anwar Ibrahim.
Mereka puji keupayaan Anwar turunkan inflasi, naikkan gaji penjawat awam, turunkan harga minyak, dan bijak mentadbir negara pic.twitter.com/f51YHLoCaF
— Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 (@Marchfoward) July 27, 2025
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“