“Bukan Muslim Boleh Bayar Zakat Tak?” – Pempengaruh Berbangsa Cina Cuba Bayar Zakat Undang Perhatian Ramai

Kehidupan

“Bukan Muslim Boleh Bayar Zakat Tak?” – Pempengaruh Berbangsa Cina Cuba Bayar Zakat Undang Perhatian Ramai

Tindakan seorang pempengaruh berbangsa cina yang tampil memberi sumbangan di tempat umat Islam membayar zakat fitrah baru-baru ini menerima pujian daripada orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, pempengaruh dikenali sebagai Bellemotorsport dilihat bertanya kepada amil daripada Lembaga Zakat Selangor mengenai cara untuk membantu mereka yang memerlukan.

Advertisement

Amil yang bertugas, dikenali sebagai Ustaz Aiman Rozli menjelaskan bahawa zakat hanya diwajibkan kepada umat Islam, manakala individu bukan Islam masih boleh melakukan kebaikan melalui sedekah.

Dalam video tersebut, Belle turut berkongsi hasratnya untuk menyumbang kepada golongan yang memerlukan hasil daripada pendapatan yang diperolehnya.

“Bukan muslim boleh bayar zakat tak? Untuk muslim saja kan? Kalau bukan muslim macam mana? Sini saya boleh sedekah kan sebab followers (pengikut) saya ramai muslim.”

“Saya ambil job (kerja), paid review (ulasan berbayar) apa ke, kita buat sikit sedekah. Saya bagi anak yatim saja lah. 2026 ni saya nak tengok senyuman orang yang tak mampu,” katanya Belle pada video berkenaan.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang memuji sikap pemurah gadis tersebut.

“We made the right person famous (kita jadikan orang yang tepat, terkenal),” komen pengguna TikTok Aizat.

“Saya doakan Belle jadi jutawan sebelum umur 30 tahun supaya dapat bantu lebih lagi insan yang memerlukan. Terima kasih untuk segalanya,” komen seorang individu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syed saddiq
2026-03-12 10:34:57

YB Syed Saddiq Sangkal Dakwaan Melampau Oleh Netizen - "Pengundi Muar Tahu Kau Sibuk 'Berendut', Lupa Tugas MP"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...