“Bukan Mudah Menyatukan Dua Nama Besar..” – Jasa Allahyarham Huzz Satukan Allahyarhamah Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza Dikenang

Hiburan

“Bukan Mudah Menyatukan Dua Nama Besar..” – Jasa Allahyarham Huzz Satukan Allahyarhamah Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza Dikenang

Perang dingin antara penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nuhaliza bersama Datuk Sharifah Aini sekitar tahun 2010 sememangnya sedia maklum di antara peminat kedua-dua selebriti ini.

Ia kemudian terlerai apabila wartawan hiburan, Allahyarham Huzz berjaya menjadi orang tengah dalam menjernihkan kembali hubungan dua biduanita negara ini.

Advertisement

Jasa Huzz dikenang

Kedua-duanya dilaporkan tampil melakukan sesi fotografi bersama-sama sempena Aidilfitri pada tahun yang sama.

Siti Nurhaliza Sharifah Aini foto bersama raya

Kejayaan itu meskipun tidak diketahui ramai, sememangnya satu pencapaian besar buat Allahyarham Huzz ketika dia masih berkhidmat di URTV.

“Bagi saya ia satu pencapaian besar buat arwah apabila berjaya menyatukan Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza ketika Huzz berkhidmat di URTV.” kata adik kepada Huzz, Nur-ul Afida Kamaludin.

Ia mungkin cerita sensasi tapi bukan mudah menghasilkan penulisan yang menyatukan dua nama besar dalam industri hiburan.

Huzz miliki keperibadian yang tinggi

Afida yang juga Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA turut memuji keperibadian arwah Huzz yang menjaga setiap rahsia selebriti.

Siti Nurhaliza buat badal haji untuk Huzz

Apabila dia menulis di ruangan gosip, dia sangat menjaga kerahsiaan artis. Dia tidak akan membuka cerita dan cukup pegang rahsia.

Allahyarham Huzz meninggal dunia pada 8 Jun 2024 akibat kanser usus tahap empat.

Sebelum ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihak Yayasan Nurjiwa telah membuat ibadah badal Haji buat Allahyarham Huzz atau nama lengkapnya, Kamal Huzaini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

9 Bilik Tidur, 7 Bilik Air & Perpustakaan Hanya Tinggal Kenangan, Rumah Agam Sharifah Aini Dirobohkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...