Bukan Misha Omar, Pengganti Datuk Siti Dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Masih Lagi Rahsia

Hiburan

Bukan Misha Omar, Pengganti Datuk Siti Dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Masih Lagi Rahsia

Penyanyi gantian untuk lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aku Bidadari Syurgamu yang mara ke pusingan separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 nampaknya masih lagi menjadi tanda tanya apabila calon terdekat iaitu Misha Omar tampil menafikan dakwaan bahawa dia bakal membawa lagu tersebut ke pentas separuh akhir acara tersebut.

Misha telahpun mengesahkan bahawa bukan dia yang akan menggantikan penyanyi tersohor negara itu dan berharap dapat memberi jawapan kepada teka-teki yang telah berbangkit.

Advertisement

“Malangnya bukan Kak Mitch (Misha Omar) yang bakal menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Harap kenyataan ini akan melegakan hati awak. Cuba lagi, cuba teka orang lain. Bukan Kak Mitch. Boleh teka orang lain. Kalau itu harapan awak, terima kasih,”

Misha yang lebih mesra digelar Kak Mitch dilihat telah menjawab pertanyaan peminat di ruangan Ask Me Question melalui akaun Instagram miliknya.

Ini berikutan terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa dia akan mewakili TokTi menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu itu setelah dia memuat naik sebuah video menyanyikan semula (cover video) lagu tersebut di IG-nya baru-baru ini.

Nampaknya, teka-teki siapakah yang bakal menggantikan Tokti di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke 35 masih belum terjawab. Sekadar info, Tokti mengambil keputusan untuk berehat seketika selepas melancarkan album terbarunya, ManifestaSITI2020.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...