Bukan sahaja bergelar seorang selebriti popular, Shuib Sepahtu juga merupakan seorang usahawan berjaya. Menerusi akaun Instagram, Shuib sering memuat naik foto-foto dirinya bersama dengan deretan kereta mewah.
Tindakannya itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang mendakwa Shuib seakan ingin menayang kemewahan yang dimiliki. Disifatkan riak dan suka menunjuk-nunjuk.
Bagaimanapun, Shuib menjelaskan dia bukan bersikap riak tetapi hanya ingin berkongsi minatnya terhadap koleksi kereta mewah berkenaan.
Bukan niat saya menunjuk-nunjuk, tapi berkongsi apa yang memang saya suka. Kalau ada yang tidak suka atau tak selesa, jangan follow saja saya.
Pernah ditanya adakah dia sudah bergelar jutawan, Shuib sebelum ini menafikannya dan memberitahu dia belum layak berada di kedudukan itu. Namun, pada hakikatnya dengan beberapa deretan kereta mewah, ia secara tidak langsung memberikan bayangan bahawa Shuib berada pada tahap selesa.
Saya minat dan apabila minat saya berusaha serta bekerja keras. Apa yang saya buat adalah untuk memotivasi diri saya.
Bukan biasa-biasa kereta Shuib, dia memiliki koleksi kereta mewah seperti Porsche Cayman GT4, McLaren 650s, Chevrolet Camaro, Ford Mustang dan Dodge Challenger SRT.

Joyah pok pek
November 12, 2019 at 10:08 pm
Alhamdullilah bangga anak melayu Islam jgk berharta dan berharap dpt bantu insan lain yg kekurangan cuma nak tnya jgk lah bi keta ni semu byr cash ke cmbe?
Pelik
November 12, 2019 at 3:20 pm
laa yeke.. itu lah mcm pelik je dia beli.
jojo
November 12, 2019 at 9:28 am
well done Shuib. Fug the haters! they’r droolin over your cool rides.
Anonymous
November 11, 2019 at 12:49 pm
betul tu bro…semua tu kedai 23 motors kat bangsar..