“Bukan Mengelak Tetapi Memang..” – Zara Zya Terkejut Ditegur Bekas Tunang Semasa Acara, Terbuka Untuk Berganding Bersama

Hiburan

“Bukan Mengelak Tetapi Memang..” – Zara Zya Terkejut Ditegur Bekas Tunang Semasa Acara, Terbuka Untuk Berganding Bersama

Aktres popular, Zara Zya mengakui rasa terkejut apabila bekas tunangnya, pelakon Hafreez Adam datang sendiri dan menyapanya serta bertanya khabar semasa mereka berdua hadir di majlis pelancaran program pada petang Khamis.

Masing-masing profesional

Menurut Zara, selepas mereka berdua tidak lagi bersama dan membawa haluan masing-masing, dia dan Hafreez tidak pernah berjumpa di mana-mana acara hiburan hinggalah pada hari Khamis itu.

Advertisement

Namun demikian, aktres ini berkata dirinya dan bekas tunang tetap bersikap profesional dan tiada sebarang masalah di antara mereka.

Sejak putus tunang, kami tak pernah langsung berjumpa dalam mana-mana program. Bukan mengelak tetapi memang acara yang kami hadiri berbeza.

 

Namun, hari ini (Khamis) buat pertama kalinya kami bertemu di acara ini. Selepas bergambar beramai-ramai, dia ada bertemu saya, bertanya khabar dan itu sahaja, terkejut jugalah.

 

Kami profesional dan tiada isu antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Terbuka untuk kerjasama

Bukan itu sahaja, aktres berumur 38 tahun ini juga tidak menolak jika ditawarkan untuk berganding dengan Hafreez dalam mana-mana program memandangkan hubungan mereka dahulu pun berakhir dengan cara yang baik.

Bagi saya, tiada masalah kalau nak bekerjasama dengan dia kalau semua itu dilakukan atas dasar kerja.

 

Sebelum ini ada juga tawaran untuk kami bekerjasama untuk projek drama tetapi tidak dapat dilakukan atas sebab kekangan masa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Terdahulu, Zara dan Hafreez telah mengikat tali pertunangan pada Oktober 2019 namun tidak sempat ke jinjang pelamin apabila dikatakan telah putus selepas sebulan bertunang.

Afifah Nasir
10 months ago

(FOTO) Anzalna Nasir 'Approved' Tunang Afifah Nasir - "Hariz Lelaki Budiman, Macam Suami Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...