July 9th, 2020

Kecoh beberapa hari ini apabila pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat telah dihentam hebat oleh netizen kerana tindakannya memuat naik video sedang memakai bikini di instagram.

Ketika ditemui Harian Metro, Sajat mengatakan itu merupakan haknya untuk berpakaian seperti itu dan dia cuma ingin menjadi diri sendiri. Menurutnya lagi, dia bukanlah melakukan perkara yang tidak elok tetapi hanya berniat untuk berkongsikan apa yang suka dipakai.

Menyedari ramai di luar sana yang kurang senang dengan penampilannya itu, namun dia menegaskan masih berpegang teguh dengan agama yang dianutinya iaitu agama Islam.

“Saya bukan melacur atau menjual diri di laman sosial tetapi hanya berkongsi apa yang saya suka pakai dan hanya menghargai kecantikan yang dimiliki. Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri. Saya masih berpegang teguh kepada agama saya,”

Dia yang mendakwa sering berkongsi mengenai kehidupan peribadi dan perniagaannya di media sosial turut suka berkongsi mengenai kecantikan, imej, bantuan, informasi serta pelbagai perkara lagi.

View this post on Instagram

Rasa macam nak demam pulak hari ini???

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

Sajat juga berharap mereka di luar sana tidak menilai dan menghakiminya hanya kerana satu perkara yang salah di mata masyarakat di luar sana sehingga melupakan kebaikan yang dilakukannya sebelum ini.

“Saya hanya jadi diri sendiri, dan janganlah kerana imej seksi habis lupa kebaikan yang saya pernah buat sebelum ini. Saya tak faham bila pakai macam ni semua nak boikot saya seolah-olah saya buat kesalahan yang sangat besar. Tapi bila saya hulurkan bantuan kepada orang miskin, tiada siapa sokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula,”

View this post on Instagram

Rasa macam nak demam pulak hari ini???

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

 Mengakui terkilan kerana merasakan dirinya menjadi mangsa sedangkan di luar sana masih ramai lagi yang berpakaian seksi di media sosial, Sajat walau bagaimanapun tidak berniat sama sekali untuk menaikkan kemarahan rakyat Malaysia.

Dia turut meminta maaf kepada rakyat Malaysia sekiranya dia telah mengguris hati mana-mana pihak.

“Jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak, saya ingin memohon maaf. Saya tiada niat untuk bangkitkan kemarahan sesiapa. Saya berkongsi gambar itu semata-mata untuk berkongsi hasil yang saya peroleh daripada produk yang saya jual,” – Nur Sajat


12 responses to ““Bukan Melacur, Cuma Nak Hargai Kecantikan Yang Ada,”- Nur Sajat”

  1. Notorius_mum says:

    Menghargai kecantikan yg ko ada??? Kecantikan apa klu semua nye pelesu nyahhhhh oiiii…ats bawah semua buat. Kecantikkan yg ko miliki tu Allah yg ciptakan tp ko memilih utk membelakangkan agama…mempermainkan Islam.
    Muhasabah diri tu dulu Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman. Dh terlambat esok dh takda makna nye dah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...