September 28th, 2020

Menzahirkan rasa kecewa selepas gaya pemakaian anak sulungnya, Cik B menerima penghinaan dan kecaman netizen, usahawan kosmetik penuh sensasi Datuk Seri Vida (DSV) tampil sekolahkan netizen.

 Marah Kutuk Gaya Cik B, Datuk Vida Sekolahkan Netizen

Menerusi posting yang dimuat naik di akaun Instagramnya, DSV dilihat tampil membalas kembali komen-komen negatif yang dilontarkan netizen kepada anaknya.

Kata DSV,  anak perempuannya itu memang menyukai pakaian atau gaya yang lebih ‘simple’ dan selesa.

“Nak suruh Cik B pakai macam mana? Nak suruh Cik B pakai kasut tinggi? Beg dia ni sahaja dah berapa harganya, ini banyak lagi yang aku beli tapi belum sempat nak buka lagi. masalah harga atau duit tapi masalahnya dia tak akanlah nak pakai kasut tinggi macam ni. Dia suka pakai kasut rock dia tu. Tu belum tengok cincin dia lagi.”

Menerusi video pendek itu, DSV khabarnya bersyukur dengan penampilan anaknya yang tidak seksi apatah lagi menjolok mata.

 Marah Kutuk Gaya Cik B, Datuk Vida Sekolahkan Netizen

“Ke kamu semua nak suruh dia tunjuk… Allah aku tengok anak orang lain angkat segala… Aku tak sanggup tengok. Biarlah dia nak macam tu korang nak cakap apa, suka hati koranglah.”

Terdahulu, penampilan Cik B menjadi bualan hangat netizen dan mula mencuri perhatian ramai selepas muncul dalam program Punch Line AC baru-baru ini.

Penampilan Cik B Dihina, Datuk Vida Tampil Sekolahkan Netizen

Cik B yang hadir dengan mengenakan dress kuning bersama inner berwarna putih serta bercelana hitam dan menggayakan beg berjenama mewah Christian Dior yang dipakai di bahagian depan menerima kritikan hebar netizen.


9 responses to ““Bukan Masalah Harga Atau Duit, Dia Tak Nak Pakai Faham?” – Penampilan Cik B Dihina, Datuk Vida Tampil Sekolahkan Netizen”

  1. Maria Maisarah says:

    kids have their own style, why netizens bother?? takde kerja lain kah?? let her wear what she wants to wear laa..but Vida shouldn’t react to netizens stupid remark too..kenapa kau layan?? buat tak tahu sudah laa..
    but hey, cik B kamu pakai butang baju tu tersilap la nak oi..tak perasan la tuu…dan2 aje aunty teringat arwah uncle Zami Ismail & baju butang sengetnya..haha..

  2. Noren Ian Abdullah @ Janet says:

    It’s doesn’t make sense to criticize someone for doing something that they love especially over What to wear and Not To Wear.
    Owh come on, she just a kid, let her grow slowly. I’ve a 17yrs daughter too, seldom wear dress unless it’s school uniform…but she says she’ll change when the right time comes..

  3. Salmah says:

    Betul…elok jer cik B pakai..sopan. Let her enjoy her childhood and experiment with her own fashion style at her own liking. Go go Cik B.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...