“Mak Ramai Yang Kenal” – Terima Banyak Tawaran Iklan, Netizen ‘Bitter’ Dengan Anak Mira Filzah

Hiburan

“Mak Ramai Yang Kenal” – Terima Banyak Tawaran Iklan, Netizen ‘Bitter’ Dengan Anak Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah baru-baru ini mendedahkan bahawa anak sulungnya, Wan Khair Amir telah menerima pelbagai tawaran iklan komersial daripada beberapa jenama dan syarikat produksi.

Walau bagaimanapun, menurut Mira dia dan suami akan menilai terlebih dahulu sebelum menerima mana-mana tawaran yang diberikan kepada anaknya.

Advertisement

Memang ada yang risik-risik mengenai kesediaan saya ‘melepaskan’ Amir ke dunia komersil sama ada membabitkan iklan mahupun berlakon…

…Kalau kempen yang memerlukan tempoh singkat boleh dipertimbangkan, cuma terbabit dalam lakonan mungkin bukan dalam waktu terdekat sebab dia masih terlalu kecil.”

Akan tetapi, perkara tersebut mendapat reaksi negatif segelintir netizen yang berpendapat anak pelakon Pujaan Hati Kanda itu diberi tawaran kerana status ibunya.

“Sebab anak artis, cuba anak B40? lantak pi la,” ujar seorang netizen.

“Anak artis biasa lah,” kata seorang lagi warganet.

Sekadar info, Mira dan Wan Emir Astar Wan telah berkahwin pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang lahir pada 10 Mei lalu.

mira filzah tak sorok muka anak
2 years ago

"Kenapa Nak Sorok Muka Anak, Keluar Rumah Nampak Juga" - Netizen Dakwa Mira Filzah Perli Neelofa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...