Meskipun anak perempuannya terpalit dengan kontroversi menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, pelakon Kazar menganggap ia bukanlah satu masalah yang besar.
Pohon Kazar, masyarakat tidak perlulah terlalu mudah menjatuhkan hukum sehingga mengguris perasaan keluarga mereka.
Ujar pemilik nama Kazaruddin Saisi,63, dia berharap agar pertelingkahan antara mereka dapat diselesaikan dengan segera.
Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita. Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat.
Dia dalam pada itu enggan memberikan sebarang komen lanjut berhubung kes itu kerana ia masih berlangsung dan dalam siasatan selain tidak mahu menimbulkan salah faham antara kedua-dua belah pihak.
View this post on Instagram
Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana perintah mahkamah. Ira okey sahaja. kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya.
Kazar berkata dia tetap memberikan sokongan penuh kepada anaknya, Ira, di saat dia berdepan dengan dugaan seperti itu.
Terdahulu, Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia telah membuat dua laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Ira Kazar atas dakwaan gangguan dalam rumah tangga yang dibinanya bersama Syamsul Yusof.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.