Sesi berdamai bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) di antara pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle telah diadakan pada pagi ini.
Pengarah itu dilihat membawa sejambak bunga ros merah sebagai tanda pendamaian dengan harapan dapat menjernihkan kembali hubungannya dengan isteri.
Terbaru, Farid yang dirakam keluar dari bilik berlangsungnya sesi itu mendedahkan bahawa ada pihak ketiga yang menyebabkan Diana mahu berpisah.
Hari ini saya dapati, kekuatan beliau (Diana) kerana seperti yang saya maklum bahawa ada pihak ketiga yang menyokongnya dari belakang.”
Dilihat sugul dan kecewa, bapa kepada dua anak itu juga berkata dia sudah tahu tentang hal tersebut sejak tahun lalu namun ia hanya disahkan baru-baru ini.
Tambahnya, apabila diminta penjelasan tentang perkara tersebut, Diana enggan meneruskan perkahwinan ini dan hanya mahu berpisah.
Bukan itu sahaja, ketika ditanya wartawan sama ada dia sudah tahu tentang kewujudan orang ketiga, Farid menjawab,
Saya baru confirm baru-baru ini dan saya sudah aware sejak tahun lepas. Bukan masalah (rumah tangga) berlarutan, cuma masalah terkantoi (ada orang ketiga) baru-baru ini.”
@xtra_my Replying to @edoraedora377 Farid Kamil dakwa perpisahan berpunca dari Orang Ketiga? #fyp #xtramy #faridkamil #jkp #cerai #dianadanielle #mahkamah #viral #beritaditiktok #sembangentertainment
Tegas Farid, dia harus menyelamatkan isterinya dan rumah tangga mereka selain memaklumkan sudah 23 hari dilarang berjumpa dengan anak-anaknya.
Dalam pada itu, dia enggan mengulas lanjut berkenaan ‘kesalahan tidak munasabah’ yang dilakukan Diana serta memohon wartawan bertanya kepada aktres itu sendiri.