“Bukan Main Rembat Je” – Dayang Nurfaizah Akui Cerewet Pilih Pasangan

Hiburan

“Bukan Main Rembat Je” – Dayang Nurfaizah Akui Cerewet Pilih Pasangan

Akibat terlalu sibuk dengan kerjaya seni demi meneruskan kelangsungan hidup dan bersifat cerewet termasuk dalam soal memilih pasangan hidup, penyanyi Dayang Nurfaizah sehingga kini dilihat masih solo dan belum berpunya.

dayang nurfaizah cerewet pilih pasangan

Advertisement

Biarpun sebelum ini bertebaran gosip mengaitkan penyanyi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu dengan rakan duetnya, Hael Husaini. Namun, kemesraan cinta mereka bagai berlalu begitu sahaja.

Tidak tertekan mengenai soal jodoh biarpun usianya mencecah 40 tahun, Dayang bagaimanapun tetap berpendapat sebagai wanita mereka sepatutnya bersikap cerewet dalam soal memilih teman hidup kerana soal perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main dan tiada siapa inginkan perpisahan.

dayang nurfaizah cerewet pilih pasangan

“Saya cerewet bukan sahaja soal kerja, malah mencari pasangan hidup pun sama. Setiap wanita harus fikir begitu dalam memilih teman hidup. Ini bukan perkara main-main kerana jika boleh, kahwin hanya sekali dan dijauhkan perpisahan.”

Menurutnya, beliau kini dikhabarkan sedang mencari lelaki bujang dan tidak dimiliki oleh sesiapa. Malah, beliau yang tidak pernah menganggap dirinya eksklusif dalam membawa diri sebagai figura ternama itu turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dalam soal jodoh.

dayang nurfaizah cerewet pilih pasangan

“Saya masih solo dan belum ada teman istimewa. Doakan saya. Apa yang pasti, saya mencari lelaki bujang, lebih tepat bukan kepunyaan sesiapa.”

Terdahulu dalam satu laporan media, Dayang mengakui kesibukan kerja kadangkala membuatkannya terlupa untuk berfikir mengenai jodoh, malah penyanyi lagu Dayang Sayang Kamu itu juga sentiasa yakin dengan ketentuan Tuhan mengenai jodoh dan pertemuan.

Untuk rekod, Dayang sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis lelaki antaranya Anuar Zain dan Hael Husaini.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...