“Bukan Main Bergambar Dengan Kereta Curi”, Instafamous Ditahan Hidup Mewah Hasil Samun

Trending

“Bukan Main Bergambar Dengan Kereta Curi”, Instafamous Ditahan Hidup Mewah Hasil Samun

Zaman sekarang ni bukan susah pun nak jadi ‘instafamous‘ di media sosial. Asalkan ada pengikut yang ramai sudah dicop sebagai instafamous oleh orang ramai. Selalunya mereka yang bergelar instafamous ini memang hidup dalam keadaan yang mewah dan sangat bergaya di luar.

Tapi seorang instafamous ini ‘kantoi’ apabila kehidupan mewah yang dimiliknya ternyata palsu. Rupanya segala kemewahan yang dia ada adalah daripada hasil samun! Sampaikan siap upload lagi gambar kereta curi itu di laman Instagram nya.

Advertisement

“Akhirnya anak beranak dah kena tangkap, instafemes pujaan ramai ni hidup mewah dengan hasil samun.”

Instafamous ini antara tiga lagi individu lain yang ditahan oleh pihak polis atas beberapa kesalahan termasuk kes samun. Hasil daripada serbuan itu juga, pihak polis telah menjumpai beberapa buah telefon bimbit, kereta mewah, jam tangan, duit palsu, kad penguatkuasa (imigresen, polis dan SPRM) serta beberapa jenis dadah.

Anak beranak ditahan pihak polis

polis
polis
polis
Semasa pihak polis menghampiri mereka untuk lakukan pemeriksaan, salah seorang suspek cuba melarikan diri sampaikan berlaku pergelutan antara mereka. Ayah kepada instafamous ini juga turut ditahan semasa tangkapan ini.

Instafamous dikenali dengan nama Myzaelisya ini mempunyai seramai 14 ribu pengikut di laman Instagram miliknya. Selain digelar sebagai instafamous, dia juga adalah pelakon dan model freelance.

“Zaman sekarang bukan susah sangat nak jadi instafemes.”

“Tapi tu laa adik dia tak kena tangkap sekali dah laa tipu duit ramai.”

“Tak ada duit buat cara tak ada duit.”

Zaman sekarang ni semua orang nak jadi instafamous atau influencer dekat media sosial. Tak tahu lah kenapa sekarang ni makin ramai yang berlumba-lumba nak jadi terkenal. Dulu nak jadi artis, sekarang dapat jadi instafamous pun dah boleh famous.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...