Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Bukan Macam Pilih Karipap..” Farahdhiya Rimas Diaju Soalan Bila Nak Kahwin, Minta Dijodohkan Lelaki Yang Baik

Mungkin sudah lali ditanyakan soalan bila akan mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Farahdhiya meminta individu di luar sana yang bertanyakan soalan berkenaan supaya memperkenalkan dia dengan lelaki yang layak dijadikan suami.

Pemilik nama Farahdhiya Mohd Amin,36, dalam pada itu turut meminta peminat di luar sana untuk belajar menghormati privasi orang lain dan tidak bertanyakan soalan yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Advertisement

Dia yang memuat naik luahan hati di ruangan instagram miliknya itu turut berseloroh bahawa memilih lelaki untuk dijadikan suami bukanlah seperti memilih kuih muih seperti karipap di warung.

View this post on Instagram

Dari org sibuk tanya saya bila nak kahwin, baik kenalkan saya dgn lelaki yg baik,boleh?? Kahwin ni bukan macam nak pilih karipap ye??? And Yes, please learn to respect people’s privacy ??

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on

“Daripada orang sibuk tanya saya bila nak kahwin, baik kenalkan saya dengan lelaki yang baik, boleh? Kahwin ni bukan macam nak pilih karipap ya? Dan tolong belajar untuk hormati privasi orang lain,”

Advertisement

Netizen yang mengikuti entri berkenaan rata-rata bersetuju dengan luahan pelakon cantik ini dan ada yang menyokong bahawa terdapat segelintir netizen yang suka mengambil tahu hal peribadi orang lain.

Farahdhiya yang gemar berkongsi resipi masakan di ruangan Instagram dilihat baru sahaja pulang dari bercuti di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    September 23, 2020 at 11:38 am

    biarla dia tanak kawin sbb nk jual karipap.. kecoh la netizen ni

  2. Anonymous

    September 23, 2020 at 11:10 am

    pilih karipap mcm perumpamaan yg x kena. sbb kalau aku beli karipap, aku main beli je. kalau donut yelah pilih2. haha x penting pun. saja nk tinggal komen. kesian kt thread2 BN ni. sendu

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama