“Bukan Macam Pilih Karipap..” Farahdhiya Rimas Diaju Soalan Bila Nak Kahwin, Minta Dijodohkan Lelaki Yang Baik

Hiburan

“Bukan Macam Pilih Karipap..” Farahdhiya Rimas Diaju Soalan Bila Nak Kahwin, Minta Dijodohkan Lelaki Yang Baik

Mungkin sudah lali ditanyakan soalan bila akan mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Farahdhiya meminta individu di luar sana yang bertanyakan soalan berkenaan supaya memperkenalkan dia dengan lelaki yang layak dijadikan suami.

Pemilik nama Farahdhiya Mohd Amin,36, dalam pada itu turut meminta peminat di luar sana untuk belajar menghormati privasi orang lain dan tidak bertanyakan soalan yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Advertisement

Dia yang memuat naik luahan hati di ruangan instagram miliknya itu turut berseloroh bahawa memilih lelaki untuk dijadikan suami bukanlah seperti memilih kuih muih seperti karipap di warung.

“Daripada orang sibuk tanya saya bila nak kahwin, baik kenalkan saya dengan lelaki yang baik, boleh? Kahwin ni bukan macam nak pilih karipap ya? Dan tolong belajar untuk hormati privasi orang lain,”

Netizen yang mengikuti entri berkenaan rata-rata bersetuju dengan luahan pelakon cantik ini dan ada yang menyokong bahawa terdapat segelintir netizen yang suka mengambil tahu hal peribadi orang lain.

Farahdhiya yang gemar berkongsi resipi masakan di ruangan Instagram dilihat baru sahaja pulang dari bercuti di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...