Sebelum ini, pelakon jelita, Elisya Sandha yang juga isteri kepada anak pengarah Sheila Rusly, Uzair Haqimy selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital swasta.
Baru-baru ini, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha binti Hassan telah memuat naik hantaran video di laman TikTok miliknya yang menjadi perhatian netizen.
Menerusi video tersebut, pelakon itu dilihat sedang melakukan aktiviti bersenam sambil membawa anaknya, Bunga El Haq.
Me and my Bunga.
Malah, Elisha turut dilihat berjogging sambil menyorong kereta sorong anaknya di kawasan perumahan sambil ditemani Bunga yang sedang nyenyak tidur.
@elisyasandhaaa Me and my Bunga ?? #fyp #bungaelhaq
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa risau melihat Elisya yang sudah aktif bersenam walaupun baru selepas 2 bulan dia melahirkan anak.
Bukan lepas 6 bulan baru mummy boleh jogging and angkat berat ke.. Sorry kalau salah – Netizen.
“Laratnya dia, rasanya dia baru 2 bulan lepas bersalin jogging. Tapi jog berapa langkah je kut tu. Saya pun dah 3 bulan kaki lembik macam nak terjatuh tak kuat,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.