“Bukan Lembut Atau Keras Penentu Keselesaan Tempat Duduk Motorsikal”

Automotif

“Bukan Lembut Atau Keras Penentu Keselesaan Tempat Duduk Motorsikal”

Selain dilema mahu beli motosikal baharu atau terpakai, persoalan lain yang sering menimbulkan kerungsingan di hati penunggang baharu ialah kesakitan badan dialami akibat ketidakselesaan ketika menunggang motosikal bagi sebuah perjalanan yang panjang. Maklumlah tiada pengalaman.

Penunggang motosikal di Malaysia sering mengalami tanda ketidakselesaan pada beberapa bahagian badan.

Advertisement

Menurut pereka kusyen motorsikal, Haruzzaidi Halim, 41, berkata, ramai dikalangan pelangganya mempunyai pemahaman yang salah terhadap keselesaan tempat duduk motorsikal mereka.

Bukan lembut atau keras penentu keselesaan tempat duduk motorsikal.

Bukan lembut atau keras yang menjadi penentu kepada keselesaan tetapi reka bentuk tempat duduk sesebuah motosikal itu.

Ada pelanggan yang datang dengan membawa reka bentuk kusyen mereka sendiri tetapi sebenarnya untuk mendapatkan keselesaan tempat duduk itu ialah dengan mengubah suai tempat duduk sedia ada dan kemudian barulah mendapatkan reka bentuk yang dikehendaki.

Haruzzaidi telah menjalankan perniagaan kusyen motorsikal sejak tahun 2001, bersama dua perkerjanya di BCK Cusion, Taman Subang Mas. Setiap bulan, kira-kira 300 kusyen motorsikal diubahsuai olehnya dibantu oleh dua pekerja di kedainya.

Ketinggian pelanggan motorsikal diukur

Bagi membentuk semula tempat duduk sesebuah motosikal itu, beliau perlu mengetahui ketinggian pelanggan, menunggang sendirian atau bersama pembonceng dan kekerapan menaiki motosikal.

Selepas mendapat maklumat daripada pelanggan barulah beliau memulakan proses mengubahsuai tempat duduk motosikal tersebut.

Proses pengubahsuaian tempat duduk motorsikal

Beliau berkata proses pengubahsuaian itu bermula dengan membuka sarung tempat duduk asal dan kemudian memotong tempat duduk itu atau menambah ‘foam’, diikuti proses membentuk tempat duduk agar bersesuaian dengan badan pelanggan.

Bila proses membentuk kusyen itu selesai, pelanggan akan diminta menguji tempat duduk itu dengan menunggang motosikal tersebut, jika pelanggan tidak berpuas hati, pengubahsuaian akan dilakukan sehingga mereka berpuas hati.


Posisi badan semasa menunggang motorsikal

Pelanggan akan diminta menguji tempat duduk dengan menunggang motosikal selepas satu tempat duduk siap sebelum dibalut untuk lihat kedudukan mereka. Kedudukan diatas motorsikal paling penting untuk keselesaan semasa menunggang motorsikal.

Sarung kusyen tempat duduk motorsikal

Haruzzaidi memberitahu, pelanggan boleh memilih sarung kusyen berdasarkan bahan yang diminati.

Berikutan permintaan yang semakin meningkat, beliau merancang untuk mengeluarkan kusyen motorsikal mengikut keselesaan pelanggan pada skala yang lebih besar.

Jadi, jangan ingat tempat duduk anda tidak memainkan peranan penting semasa menunggang motorsikal.

Keselesaan anda semasa menunggang motorsikal adalah satu aspek penting yang perlu diutamakan demi keselamatan.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...