Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini dianggap suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, beliau kini bukan lagi saksi susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safehouse’ ketika serbuan dilakukan agensi itu.
Dalam hal ini saya boleh katakan beliau adalah suspek kes ini, kerana beliau sudah diminta memperincikan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM (pengisytiharan harta).
“(Yang) kedua apabila penemuan wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai penemuan wang itu.
Sebelum ini, SPRM dilaporkan telah memanggil 10 lagi saksi dalam siasatan pengisytiharan harta berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan Ismail Sabri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.