Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China terus memanas apabila White House hari ini mengumumkan bahawa Presiden Donald Trump telah menandatangani satu arahan eksekutif baharu yang mengenakan tarif setinggi 245% ke atas produk yang diimport dari China ke negara itu.
Langkah terbaru ini menyaksikan peningkatan mendadak daripada kadar tarif sebelumnya sebanyak 145%, khususnya melibatkan import picagari dan jarum perubatan, yang merupakan antara komponen penting dalam sektor kesihatan.
Menurut kenyataan rasmi, tarif ini adalah sebahagian daripada usaha pentadbiran untuk mengurangkan kebergantungan terhadap rantaian bekalan perubatan dari China, susulan dapatan awal siasatan yang menunjukkan tahap pergantungan yang tinggi dan dianggap berisiko terhadap keselamatan negara.
Penganalisis ekonomi menjangkakan ketegangan ini akan memberi kesan besar kepada perdagangan global, terutamanya dalam sektor teknologi, kesihatan, dan bahan mentah.
Buat masa ini, tiada isyarat menunjukkan bahawa rundingan damai perdagangan akan berlangsung dalam masa terdekat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.