June 17th, 2020

Bahagia apabila menyulam kasih, pelakon Harris Alif mengakui bahawa dia tidak mahu terlalu berahsia mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Intan Ladyana.

Lelaki itu yakin, lambat atau cepat, peminat pasti dapat menghidu hubungannya dengan kekasih hati. Jelasnya, bukan dia bersikap terbuka namun tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada orang ramai.

“Bagi saya, tidak menjadi satu masalah kalau saya mengambil pendekatan ini kerana apa yang kami kongsikan bukan perkara jahat pun.”

intan ladyana dan harris alif

Pun begitu, lelaki berusia 21 tahun ini menyatakan bahawa tiada semua perkara mengenai hubungan mereka dikongsi di media sosial. Tetap ada batasan privasi dan cerita yang hanya diketahui mereka berdua.

“Masih ada privasi dan cerita yang kami simpan berdua.”

Walaupun baru sahaja bercinta tetapi kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mereka berdua jarang bersua muka bagi mematuhi saranan kerajaan tersebut.

“Kami tidak kerap berjumpa atau menghabiskan masa bersama. Baru-baru ini, kami ada keluar berjumpa, itu pun bersama kawan-kawan.”

intan ladyana harris alif bercinta

Tambahan pula, aktiviti seni yang sudah dibenarkan bersambung membuatkan mereka sibuk dengan komitmen kerja yang perlu diselesaikan.

Romantis dengan satu sama lain, Harris telah meghadiahkan Intan dengan kucing baka British Short Hair (BSH) sempena ulang tahun wanita itu baru-baru ini.

Semoga hubungan cinta Harris dan Intan ini terus berkekalan.

Sumber: Harian Metro


One response to ““Bukan Kongsi Perkara Jahat Pun” – Harris Alif Enggan Berahsia Hal Hubungan Bersama Intan Ladyana”

  1. Anonymous says:

    Kote keras memanjang ni budak ni,pndai lak tu cari awek desperate yg dah veteran

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...