“Bukan Ketiak Saya” – Daniel Fong Tak Terkesan Isu Bau Badan, Titik Berat Hal Kebersihan Diri

Hiburan

“Bukan Ketiak Saya” – Daniel Fong Tak Terkesan Isu Bau Badan, Titik Berat Hal Kebersihan Diri

Kecoh dunia seni tanah air apabila isu bau badan pelakon mula menjadi bualan hangat hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan industri.

Segalanya tercetus apabila pelakon jelita, Harissa Adlynn, secara terbuka meluahkan ketidakselesaan bergandingan dengan seorang pelakon lelaki yang dikatakan memiliki bau tubuh kurang menyenangkan.

Advertisement

Ekoran pendedahan itu, beberapa nama artis mula disebut-sebut netizen, termasuk pelakon kacak, Daniel Fong.

Tidak melatah, pemilik nama sebenar Daniel Fong Weng Chuan itu menegaskan dia yakin kenyataan Harissa bukan ditujukan kepadanya.

Saya tidak terkesan kerana tahu itu bukan saya. Kalau betul, mungkin bekas kekasih sudah menegur. Setakat ini tiada sesiapa pun cakap begitu.

Tapi saya tidak menolak kemungkinan satu hari nanti masalah itu boleh berlaku, sebab kita tak tahu bila tubuh akan berubah.

Menurut jejaka berusia 32 tahun itu, masalah bau badan bukan perkara asing bagi pelakon, terutama ketika melalui tempoh penggambaran panjang.

Sejak isu ini tular, Daniel mengakui lebih berhati-hati dalam penjagaan diri dan menegaskan dia seorang yang sangat menjaga kebersihan, mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas bersenam.

Saya mandi siang dan malam. Selepas isu ini timbul, saya lebihkan penggunaan minyak wangi dan deodoran.Ada ketika, kalau ketiak terasa lembap sedikit pun saya akan segera sapu deodoran secara spontan.

Bagi Daniel, tuduhan itu tidak memalukan, malah dianggap sebahagian daripada warna-warni dunia hiburan walaupun melibatkan hal peribadi.

Sebelum ini, Harissa mengakui terpaksa menahan nafas di lokasi penggambaran kerana bau badan hero gandingannya dan memberi bayangan secara halus mengenai penggunaan minyak wangi sebagai teguran lembut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin pre wedding
2025-08-14 19:05:17

'Vibe' Pre-Wedding, Video Terbaru Fattah Amin Bersama Amira Othman Buat Peminat Tak Keruan - "Insya-Allah Soon"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...