Polis Kedah menafikan dakwaan bahawa kes melibatkan empat remaja lelaki dan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di daerah Baling sebagai kes rogol berkumpulan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, menjelaskan bahawa siasatan mendapati kejadian itu sebenarnya melibatkan hubungan seksual bawah umur yang berlaku secara berasingan, bukan secara serentak.
Lagi Kes Rog*l Berkumpulan Berlaku Di Sekolah, Kali Ini Di Baling, Kedah
Kejadian berlaku pada waktu petang ketika tiada sesi pembelajaran dan tiada orang lain berada di dalam kelas.
Mangsa dipercayai melakukan perbuatan itu dengan empat suspek secara berasingan, dan salah seorangnya adalah teman lelaki mangsa.
Menurut beliau, kejadian itu berlaku di beberapa lokasi berbeza termasuk di dalam kelas dan di ladang kelapa sawit.
Polis turut merampas telefon bimbit suspek bagi tujuan siasatan, namun tiada rakaman video seksual ditemui.
Siasatan awal hanya mendapati terdapat kandungan video yang menunjukkan perbuatan tidak bermoral membabitkan mangsa.
Walaupun perbuatan tersebut dilakukan atas dasar suka sama suka, Datuk Adzli menegaskan bahawa mangsa masih di bawah umur dan tidak cukup matang untuk memahami akibatnya.
Oleh itu, ia tetap diklasifikasikan sebagai rogol bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Kes turut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melibatkan penyebaran bahan lucah bawah umur.
Tambah beliau, seorang suspek merupakan bekas pelajar yang telah dibuang sekolah, manakala tiga lagi masih bersekolah di sekolah sama.
Hasil siasatan juga mendapati tiada unsur jual beli video, sebaliknya ia hanya dikongsi dalam kalangan suspek dan mangsa.
Sebelum ini, media melaporkan empat remaja, termasuk tiga pelajar sekolah di Baling, ditahan selepas tular dakwaan kes rogol dan penyebaran bahan lucah di media sosial. – SINAR HARIAN
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.