Semalam, pengguna media sosial dilihat telah menzahirkan kekeliruan apabila aktres Nabila Huda ada memuat naik foto memaparkan dirinya dan suami sudah mendapatkan vaksin di Instagram.
Apa yang menjadi pertanyaan adalah apabila Nabila yang baru sahaja sembuh setelah positif COVID-19 sepatutnya menunggu lebih kurang tiga bulan sebelum menerima vaksin, seperti yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan.
View this post on Instagram
Ruangan komen foto tersebut kemudiannya dihujani pertanyaan oleh kebanyakan bekas pesakit COVID-19 dan turut berkongsi pengalaman di mana mereka telah diminta tunggu selama tiga bulan jika pernah menghidap wabak tersebut sebelum ini.
“Bukankah perlu tunggu tiga bulan selepas positif COVID-19? Saya keliru..” tanya seorang pengguna media sosial.
View this post on Instagram
“Bukankah perlu tunggu tiga bulan selepas tarikh akhir kuarantin? Saya bekas pesakit COVID-19 dan sepatutnya dapat vaksin beberapa hari lalu. Namun selepas hubungi nombor hotline dalam MySejahtera, mereka beritahu tidak perlu datang dan perlu tunggu selama tiga bulan.” – @azwn.k
Tidak mendiamkan diri, pelakon wanita berbakat ini membalas komen netizen dengan mengatakan bahawa dia hanya pergi ke pusat vaksinasi seperti yang dijadualkan seperti biasa.
“Saya tidak pasti, saya hanya pergi saja mengikut tarikh yang diberikan dalam MySejahtera. Alhamdullilah mereka tidak cakap apa-apa pun..” tulis Nabila Huda.
View this post on Instagram
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa bekas pesakit COVID-19 boleh menerima sunyikan vaksin sekiranya tiada antibodu dikesan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan selepas pulih.