March 5th, 2018

Kontroversi perceraian madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana dan suaminya, Ude Wahid bukan sahaja memberikan kesan kepada kehidupan mereka bertiga. Namun, nama pelakon Rita Rudaini turut terpalit dalam isu tersebut.

Umum mengetahui Izreen dilabel sebagai perampas dan dituduh menjadi punca Ude mahu menceraikan isteri pertamanya. Gara-gara perkara itu, akaun Instagram Rita diserang dengan pelbagai komen dan kecaman mengapa beliau tidak menasihati Izreen dalam hal rumah tangganya.

Selaku kawan baik, Rita seharusnya menghalang Izreen daripada mencipta kebahagiaan di atas penderitaan wanita lain.

Bengang terus terpalit dengan kontroversi rumah tangga Izreen, Rita memberitahu beliau tidak pernah mencampuri urusan peribadi orang lain. Beliau juga tidak mengerti mengapa dirinya sering menjadi mangsa sedangkan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu panas tersebut dan teraniaya, difitnah kerana sifat tidak jujur orang lain.

Terdapat juga komen daripada selebriti Ani Mayuni yang mendedahkan Rita dan Izreen sebenarnya bukanlah berkawan baik seperti yang disangka. Tidak adil untuk netizen terus mengecam dan mengaitkan Rita dengan segala isu mengenai Izreen.

Kesian pula dekat Rita kerana menjadi mangsa gara-gara isu rumah tangga Izreen. Walaupun mereka mengenali antara satu sama lain, tidak bermakna Rita boleh mencampuri urusan peribadi Izreen, kita kena faham perkara itu. Apa yang terjadi sekarang adalah atas keputusan Izreen sendiri dan beliau terpaksalah menghadapi segalanya.

 


48 responses to “Bukan Kawan Baik: Rita Rudaini Rimas Diserang Kerana Kontroversi Rumah Tangga Izreen Azminda”

  1. Anamayuna says:

    Melayu punya pemalas…sampai area Niche korang mengumpat pun malas nak buat secara bersungguh2. Bacalah la melayu….cikgu BM aku cakap dulu ayat pertama Tuhan Allah turunkan. Bacalah….bacalah melayu kemudian baru komen. Bye. (aku Iban)

  2. akupendosa says:

    manusia melakukan DOSA rata2nya bukan kerana kurangnya ilmu, tapi kerana tipisnya iman, dan tebalnya dosa dan NAFSU. sama mcm aku, nafsu aku mendorong aku ke sini. hahaha…

  3. Wata One says:

    Zaman ekonomi meleset, sana sini cari bahan tuk cerita, BRIM pun dh kering, tggu gaji lmbt lg..

  4. fishball says:

    ok whatever lah eh. rimas baca

  5. Anonymous says:

    Netizen ni semua bodoh. Sadis la hidup korang…sanggup pegi masuk ig orang lain nak bash orang…banyak betul masa korang. Mesti kerja gomen kan..masuk office lepas thumb print terus gi ngumpat hahhaa

Loading...