Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bukan Kawan Baik: Rita Rudaini Rimas Diserang Kerana Kontroversi Rumah Tangga Izreen Azminda

Kontroversi perceraian madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana dan suaminya, Ude Wahid bukan sahaja memberikan kesan kepada kehidupan mereka bertiga. Namun, nama pelakon Rita Rudaini turut terpalit dalam isu tersebut.

Advertisement

Umum mengetahui Izreen dilabel sebagai perampas dan dituduh menjadi punca Ude mahu menceraikan isteri pertamanya. Gara-gara perkara itu, akaun Instagram Rita diserang dengan pelbagai komen dan kecaman mengapa beliau tidak menasihati Izreen dalam hal rumah tangganya.

Selaku kawan baik, Rita seharusnya menghalang Izreen daripada mencipta kebahagiaan di atas penderitaan wanita lain.

Bengang terus terpalit dengan kontroversi rumah tangga Izreen, Rita memberitahu beliau tidak pernah mencampuri urusan peribadi orang lain. Beliau juga tidak mengerti mengapa dirinya sering menjadi mangsa sedangkan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu panas tersebut dan teraniaya, difitnah kerana sifat tidak jujur orang lain.

Advertisement

Terdapat juga komen daripada selebriti Ani Mayuni yang mendedahkan Rita dan Izreen sebenarnya bukanlah berkawan baik seperti yang disangka. Tidak adil untuk netizen terus mengecam dan mengaitkan Rita dengan segala isu mengenai Izreen.

Kesian pula dekat Rita kerana menjadi mangsa gara-gara isu rumah tangga Izreen. Walaupun mereka mengenali antara satu sama lain, tidak bermakna Rita boleh mencampuri urusan peribadi Izreen, kita kena faham perkara itu. Apa yang terjadi sekarang adalah atas keputusan Izreen sendiri dan beliau terpaksalah menghadapi segalanya.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 Comments

  1. Rumah asam keping

    March 6, 2018 at 3:33 pm

    amboi ritrud. ingat kami dah lupa ke whatsapp nak anak mix jepun tuhhhh

    apa hashtag ko?

    #saynotohomewreckers???

    muahahaha

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama