“Bukan Kali Pertama Kahwin” – ‘Archive’ Gambar Suami Sebab Merajuk, Netizen Harap Nabila Lebih Matang Dalam Rumah Tangga

Hiburan

“Bukan Kali Pertama Kahwin” – ‘Archive’ Gambar Suami Sebab Merajuk, Netizen Harap Nabila Lebih Matang Dalam Rumah Tangga

Terdahulu, kakak kepada Neelofa, Noor Nabila menjelaskan bahawa rumah tangganya bersama Engku Emran masih lagi kukuh dan harmoni.

Nabila juga mendedahkan gambar-gambarnya bersama suami di akaun Instagram miliknya tidak dipadam sebaliknya disimpan di ruangan arkib.

Advertisement

Namun, menerusi ruangan komen Facebook Beautifulnara, netizen rata-ratanya mengecam tindakan Nabila yang dianggap tidak matang dalam perihal rumah tangga.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mengaku sudah mula rasa bosan dengan cerita berkaitan adik-beradik Neelofa.

Sebelum ini, Nabila pernah berkata dia sudah lali dengan khabar angin yang melanda dirinya kerana tempias dari populariti Neelofa.

Kita dah tahu implikasinya sebab Lofa dan keluarga selalu jadi perhatian. Terkena tempias-tempias Lofa itu sudah biasa. Tetapi saya perlu berhati-hati.”

Untuk rekod, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal tanah air Sharnaaz Ahmad pada tahun 2017 dan berpisah selepas tiga tahun bersama serta dikurniakan seorang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 years ago

"Masa Tu Saya Tengah Geram..." - Nabila Perjelas Isu Rumah Tangga Bersama Engku Emran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...