Baru-baru ini, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Ustaz Don ada memperjelaskan tentang isu hantaran tinggi yang diletak oleh ibu bapa buat bakal suami anak perempuan mereka yang menjadi topik bualan hangat di kalangan warganet.
Tiada istilah ibu bapa jual anak
Dalam sesi temu bual tersebut, Ustaz Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid berkata tiada istilah ibu bapa yang menjual anak dengan meletak duit hantaran tinggi.
Kata pendakwah itu, melepaskan anak perempuan yang selama ini di bawah tanggungan ibu bapa kepada seorang lelaki bukanlah satu keputusan yang mudah dan amat berat.
Ibu bapa meletakkan nilai mengikut pendidikan, jangan lah salah faham. Segala makan minum anaknya itu akan dipertanggungjawabkan oleh suami. Maka, ayahnya ingin menunjukkan bahawa inilah nilai anaknya yang si suami perlu bertanggungjawab.
Netizen sokong pandangan Ustaz Don
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Ustaz Don dan dalam pada itu, ada juga yang memberi pandangan mereka mengenai wang hantaran perlu mengikut tahap kemampuan lelaki.